suria

Gempar! Orang awam terkejut jumpa bangkai ikan gergasi

Seekor ikan besar ditemui di sebuah tasik di Taman Tun Fuad Stephens di Kota Kinabalu. Foto Stephanie Lee

BANGKAI seekor ikan gergasi ditemui terapung di tasik Taman Tun Fuad Stephens di Bukit Padang dekat Kota Kinabalu, Sabah, sehingga menggemparkan golongan pemancing dan orang awam.

Ikan seberat 108 kilogram sepanjang 2.4 meter itu dikenal pasti sebagai Arapaima, jenis ikan Amazon, yang ditemui oleh orang awam pada kira-kira pukul 6.30 pagi Isnin.

Gambar ikan tersebut tular di media sosial, sekali gus orang ramai mempersoalkan sama ada tasik yang diperlihara itu dibuka untuk aktiviti memancing.

Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman berkata, taman itu masih di bawah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan aktiviti memancing tidak dibenarkan di tasik berkenaan.

"Ikan itu sudah mati semasa ditemui orang awam, dan kita hantar pegawai untuk pemeriksaan," katanya.

Menurut Nordin, pegawai daripada Jabatan Perikanan dan pasukan penyelidikan Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan mengenal pasti punca kematian ikan itu.

Buat masa ini, ikan tersebut dipercayai mati kerana faktor usia.

Ditanya bagaimana ikan daripada spesies dari Amazon ditemui di kawasan itu, beliau berkata, penternak ikan mungkin meletakkan haiwan tersebut di tasik itu beberapa tahun lalu kerana individu berkenaan tidak boleh lagi menjaganya. - The Star


ikan, Taman Tun Fuad Stephens

Artikel Lain