suria

Wow! Hadiah keseluruhan RM1.1 juta... durian runtuh menanti pendeposit bertuah SSPN

Abdul Ghaffar berkata, Cabutan 15 Tahun diperkenalkan sempena ulang tahun SSPN-i ke-15.

WOW! Durian runtuh menanti pendeposit yang membuat simpanan dalam produk utama untuk pendidikan anak-anak, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).

Menariknya, cabutan hadiah keseluruhan bernilai RM1.1 juta menanti sebagai ganjaran buat 1,726 pendeposit bertuah. 

Bukan sahaja berpeluang memenangi wang tunai lebih RM150,000, mereka juga ditawarkan hadiah sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), Proton X70 Premium.

Selain kereta SUV, hadiah utama menerusi Cabutan SSPN-i Plus 2019 turut menjanjikan ganjaran wang tunai RM151,515.15.

“Kita memperkenalkan Cabutan 15 Tahun sempena ulang tahun SSPN-i ke-15,” kata Pengurus Besar Kanan, Jabatan Perhubungan Awam dan Pengurusan Majlis Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Abdul Ghaffar Yusop.

Hadiah keseluruhan berjumlah RM1.1 juta untuk pendeposit bertuah.

Terdapat dua cabutan hadiah khusus buat pendeposit SSPN iaitu Cabutan WOW! SSPN Plus 2019 dan Cabutan 15 Tahun SSPN-i.

Kedua-dua cabutan tersebut terdiri daripada Cabutan Siri sebanyak tiga kali, antara Julai dan Disember tahun ini, dan Cabutan Tahunan (satu cabutan).

“Kami berharap semua hadiah ini akan menarik lebih ramai ibu bapa untuk memilih SSPN sebagai simpanan pendidikan yang dijamin oleh kerajaan,” katanya, sambil menambah SSPN merupakan pelan simpanan untuk pendidikan patuh syariah.

Abdul Ghafar berkata, PTPTN menetapkan sasaran sebanyak 500,000 akaun baharu dan simpanan berjumlah RM1 bilion pada tahun ini.

“Kita memperoleh 678,829 akaun baharu dan jumlah simpanan RM1.13 bilion pada tahun lalu,” katanya.

Sehingga 31 Mei tahun ini, sebanyak 4.1 juta akaun telah dibuka dengan simpanan dalam skim tersebut berjumlah RM4.9 bilion.

Abdul Ghaffar berkata, kerajaan Persekutuan, negeri serta kira-kira 6,000 Sahabat PTPTN memberi sokongan terhadap skim tersebut, manakala beberapa organisasi menawarkan produk SSPN sebagai hadiah majlis atau pertandingan.

Menurut beliau, PTPTN akan meneruskan penyertaannya dalam pelbagai platform termasuk hari kerjaya, program celik kewangan dan lain-lain yang berkaitan untuk memupuk kesedaran dan mempromosikan produknya.

“Wakil kami daripada PTPTN di cawangan seluruh negeri akan ke sekolah-sekolah untuk mewar-warkan faedah penabungan produk-produk penabungan ini.

“Kita mahu mengubah pemikiran rakyat Malaysia, bahawa pendidikan bukan hanya tanggungjawab kerajaan, tetapi perlu adanya kerjasama antara ibu bapa dan kerajaan.

“Kita mahu ibu bapa membuat simpanan bersama SSPN sebagai pilihan utama mereka,” tambahnya.

Abdul Ghaffar berkata, selain patuh syariah, simpanan pendidikan SSPN-i dan SSPN-i Plus dijamin oleh kerajaan.

Abdul Ghaffar berkata, kelayakan keluarga (pendapatan isi rumah tidak lebih RM4,000) dengan simpanan SSPN-i juga berpeluang menikmati Geran Sepadan yang merupakan insentif kewangan sehingga RM10,000 kepada setiap keluarga untuk anak-anak mereka menyambung pengajian ke menara gading.

Pendeposit SSPN-i juga menikmati pengecualian taksiran cukai pendapatan bagi simpanan sehingga RM8,000, kadar dividen yang kompetitif, perlindungan takaful secara percuma dan layak memohon pinjaman pendidikan.

SSPN-i Plus yang diperkenalkan pada 2015 adalah skim simpanan yang dijamin oleh kerajaan, malahan ia memberikan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM11,000 (RM8,000 dalam SSPN-i Plus dan peruntukan takaful RM3,000), perlindungan takaful sehingga RM1 juta bagi kematian/keilatan kekal dan khairat kematian.

Keistimewaan lain bagi SSPN-i Plus adalah kadar dividen yang kompetitif dan layak memohon pinjaman pendidikan untuk pengajian tinggi.

“Seorang bapa di Negeri Sembilan membuka tiga akaun dengan simpanan berjumlah RM30. Bagaimanapun, dia meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya selepas itu ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Kami menyumbangkan manfaat takaful dan khairat kematian sebanyak RM127,000 kepada keluarganya,” menurut Abdul Ghaffar yang berkongsi kisah mengenai salah seorang pendeposit simpanan itu.

Pendeposit yang memilih untuk skim persaraan memperoleh pelepasan taksiran cukai bagi simpanan sehingga RM15,000 (RM8,000 dalam SSPN-i Plus dan peruntukan takaful RM7,000).

Sebarang maklumat lanjut boleh layari laman web www.lovesspn.com.

SSPN, SSPN-i, PTPTN, pendidikan, cabutan, X70

Artikel Lain