Gangguan bekalan air di Selangor, KL pulih sepenuhnya - Semasa | mStar

Gangguan bekalan air di Selangor, KL pulih sepenuhnya

Gangguan bekalan air di kesemua kawasan terjejas di Selangor dan Kuala Lumpur kembali pulih. Gambar sekadar hiasan

PENGURUSAN Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan gangguan bekalan air di kesemua kawasan terjejas di Selangor dan Kuala Lumpur ekoran pencemaran diesel di Sungai Selangor telah pulih sepenuhnya.

Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, pihaknya amat menghargai keprihatinan semua pengguna sepanjang pelaksanaan pemulihan bekalan ekoran insiden yang menyebabkan empat loji rawatan air (LRA) terpaksa dihenti tugas.

Beliau berkata, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri Selangor, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, agensi-agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, operator-operator air dari negeri lain dan semua yang terlibat menghulurkan bantuan sepanjang tempoh gangguan dan pemulihan bekalan air di lokasi terjejas.

“Kami memohon maaf atas segala kesulitan dan kami meminta semua pihak supaya bersama-sama menjaga sumber air dan menggunakan air dengan berhemah serta mengelakkan pembaziran,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Pada Ahad lepas, pencemaran diesel di Sungai Selangor mengakibatkan LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3 serta LRA Rantau Panjang dekat sini terpaksa dihenti tugas yang menyebabkan gangguan bekalan air terhadap 1,191,942 akaun pelanggan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat. - Bernama

bekalan air , Air Selangor

Artikel Sebelum

Bayi 9 bulan lemas dalam baldi

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain