Guru cemas kereta ditendang, diacu pistol sebelum beg tangan dilarikan - Semasa | mStar

Guru cemas kereta ditendang, diacu pistol sebelum beg tangan dilarikan

Noraida menunjukkan laporan polis dibuatnya.

SEORANG guru berdepan detik ngeri diacu pistol manakala beg tangannya dilarikan dalam kejadian samun di Jalan Kota Bharu - Pasir Mas berhampiran Kampung Salor di Pasir Mas, Kelantan pada Selasa.

Kejadian pukul 6.40 pagi itu berlaku ketika Noraida Othman, 39, yang memandu sendirian dalam perjalanan untuk mengajar di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kelantan, Lati di Pasir Mas.

Noraida berkata, dia merasakan kereta dipandunya seolah-oleh ditendang dari arah belakang sebelum menyedari sebuah motosikal mengekori rapat.

"Motosikal itu mengekori rapat kereta dan masuk ke sebelah kiri sebelum mengacukan pistol dan menyuruh saya berhenti.

"Saya yang terkejut terus memberhentikan kereta sebelum lelaki yang lengkap memakai topi keledar itu melarikan beg tangan," katanya ketika ditemui media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas pada Selasa.

Menurutnya, beg berisi wang tunai RM300 dan dokumen diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan itu dirampas lelaki itu melalui tingkap keretanya.

"Setiap pagi, saya akan turun dari rumah di Selising, Pasir Puteh seawal pukul 6 pagi sambil menghantar anak-anak ke sekolah masing-masing.

"Sudah menjadi rutin harian saya untuk membuka tingkap kereta setiap kali dalam perjalanan ke sekolah," katanya.

Noraida berkata, kejadian itu pertama kali menimpa dirinya sejak lebih sedekad berulang-alik sejauh 50 kilometer menggunakan laluan itu.

"Selepas kejadian saya cuba menahan semua kenderaan yang melalui jalan itu tapi tiada seorang berhenti memberikan bantuan.

"Kira-kira 15 minit kemudian barulah datang seorang hamba Allah yang berhenti dan menghulurkan bantuan," katanya.

Sementara itu, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Kelantan, Rosita Awang tanpa berselindung memuji komitmen Noraida yang disifatkan komited dalam menjalankan tugas.

"Paling lewat dia akan sampai ke sekolah pukul 7.05 pagi. Walaupun rumahnya agak jauh, namun dia tetap komited dengan tugas itu.

"Saya doakan semoga Allah terus memberikan kekuatan kepada Noraida untuk melaksanakan amanah yang diberikan ini," katanya. - Sinar Harian

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain