Nur Umairah meninggal dunia - Semasa | mStar

Nur Umairah meninggal dunia

Nur Umairah Jannah Abdul Muhaimin.

NUR Umairah Jannah Abdul Muhaimin, bayi berusia lapan bulan yang menghidap penyakit hydrocephalus atau lebihan cecair dalam otak sejak lahir, meninggal dunia kira-kira pukul 3 petang Rabu.

Menurut jiran keluarga itu, Mastura Meor Razali, Nur Umairah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Cancelor Tuanku Muhriz, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

“Saya dimaklumkan oleh keluarga Nur Umairah Jannah bahawa bayi itu meninggal dunia, petang Rabu, namun tidak dapat dipastikan punca kematiannya.

"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kg Tersusun Kledang Utama,” katanya kepada The Star.

Penyakit Nur Umairah itu menyebabkan kepalanya semakin membengkak dan membesar, sekali gus membataskan pergerakannya yang hanya mampu bermain dalam keadaan berbaring.

Kisahnya tular dan dia mendapat bantuan daripada rakyat Malaysia yang tinggal di dalam mahupun luar negara.

Berita mengenai masalah kesihatan bayi itu turut mendapat perhatian isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, yang meluangkan masa menziarahinya pada Selasa.

Artikel Lain