suria

Adun Sungai Rambai ditahan, akan didakwa kes seleweng dana

SPRM menahan Adun Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman pada Isnin berhubung dakwaan penyelewengan dana.

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rambai, Datuk Hasan Abd Rahman ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan penyelewengan dana.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dalam satu kenyataan berkata, Hasan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Sungai Rambai Melaka, ditahan bersama kerani, Khuzaimah Abdullah pada Isnin.

Kedua-dua mereka kemudian dibebaskan dengan jaminan SPRM dan akan didakwa di Mahkamah Seksyen Ayer Keroh pada pukul 8.30 pagi Selasa.

Latheefa berkata, kes tersebut dikaitkan dengan Inisiatif Strategic Linkage di bawah Program Strategik Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) pada 2016.

Hasan, yang juga Adun Barisan Nasional merupakan bekas exco Melaka. - The Star

Japerun, SPRM, Hasan Abd Rahman

Artikel Lain