“Saya tak ambil swafoto, saya guna telefon untuk periksa penampilan diri” - Najib - Semasa | mStar

“Saya tak ambil swafoto, saya guna telefon untuk periksa penampilan diri” - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak. -foto THESTAR

BEKAS perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau mengambil swafoto semasa prosiding mahkamah berlangsung tetapi sebaliknya menggunakan telefon bimbitnya sebagai cermin untuk memeriksa penampilan dirinya.

Isu itu dibangkitkan oleh pendakwa 'ad hoc' Datuk V. Sithambaram yang meminta mahkamah mengeluarkan perintah atau garis panduan berikutan laporan media yang tersebar luas yang mengatakan Najib telah mengambil swafoto semasa perbicaraannya.

Ketua peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah lantas bangun berdiri dan mengatakan laporan itu telah diterbitkan oleh laman berita 'The Edge' lalu beliau menuding ke arah pemberita yang duduk di galeri awam.

ARTIKEL BERKAITAN: Najib langgar peraturan mahkamah, ambil gambar semasa prosiding

"Dari tempat dia (pemberita) duduk dia seolah-olah dapat menyimpulkan bahawa Najib mengambil gambar swafoto dan beliau malah mengatakan (dalam laporan berita ditulisnya) bahawa Najib kelihatan sedih dari belakang (Najib duduk dalam kandang tertuduh di mana pemberita dapat melihatnya dari belakang).

"Laporan itu sebenarnya tidak masuk akal, malah langsung tidak mempunyai nilai berita, dan ini bukan kali pertama dia melakukan hal seperti itu.

“Saya telah bertanya kepadanya (Najib) dan beliau mengatakan beliau tidak melakukan hal itu (mengambil swafoto) tetapi menggunakan telefonnya sebagai cermin, kerana beliau berasa ada sesuatu benda tajam di keningnya,” kata Muhammad Shafee sebelum perbicaraan Najib bersambung semula pada sesi petang di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Muhammad Shafee menegaskan bahawa laporan itu tidak disenangi dan menyifatkan pemberita berkenaan tiada perkara lain yang boleh ditulis ataupun dia bosan mengikut prosiding perbicaraan.

"Sekiranya mereka (pemberita) hendak dilayan sebagai 'estet keempat' (the fourth estate), mereka tidak patut berkelakuan seperti orang estet," tambah beliau.

Sithambaram menjawab, isu di hadapan mahkamah ialah sama ada Najib telah mengambil swafoto atau tidak.

Muhammad Shafee kemudian meminta mahkamah bertanya sendiri kepada anak guamnya mengenai perkara itu.

Hakim Mohd Nazlan: Boleh tidak kita tanya dia (Najib) sama ada dia mengambil gambar swafoto atau tidak.

Najib: Yang Arif, saya guna (telefon bimbit) sebagai cermin untuk memeriksa penampilan diri saya, itu saja.

Hakim Mohd Nazlan kemudian penerima penjelasan Najib dan mengingatkan semua pihak bahawa mengambil gambar dan merakam tidak dibenarkan di dalam mahkamah.

"Saya ingin mengingatkan, sebagai peringatan umum mengenai isu yang telah dikemukakan dalam mahkamah ini, saya perlu tegaskan sekali lagi bahawa sebarang bentuk rakaman dan fotografi tidak dibenarkan dalam mahkamah.

"Jika swafoto diambil sebentar tadi, di mana tertuduh menafikannya, ia adalah tindakan menghina mahkamah," kata beliau sambil menambah sesiapa yang tertangkap mengambil gambar dalam mahkamah terbuka akan dikenakan tindakan tegas termasuk menyerahkan telefon itu kepada mahkamah.

Hakim itu berkata kesucian perjalanan prosiding mahkamah perlulah sentiasa dihormati. -Bernama

Najib Razak , selfie , swafoto , mahkamah , cermin

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain