Malaysia berang Singapura hantar pencalonan budaya 'street food' ke Unesco - Semasa | mStar

Malaysia berang Singapura hantar pencalonan budaya 'street food' ke Unesco

Medan selara merupakan antara konsep makanan jalanan yang sering menjadi pilihan pelbagai lapisan masyarakat.

SINGAPURA pada Khamis mempertahankan tindakannya mencalonkan makanan jalanannya (street food) untuk pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), sebagai bidaan bagi 'melindungi' budaya tempatan selepas berita berkenaan mencetuskan pertikaian di Malaysia.

Negara jiran itu menjadi lokasi bagi kebanyakan medan seleran secara terbuka di mana gerai menyediakan pelbagai sajian seperti nasi ayam, mi dan sate pada harga murah.

Singapura tahun lalu mengumumkan ia akan menamakan budaya penjajanya sebagai warisan kebudayaan tidak ketara oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (Unesco).

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat Malaysia komen langkah Singapura calonkan 'budaya penjaja' di bawah Warisan Budaya Tidak Ternilai Unesco

Jika berjaya, ia akan menyertai senarai lain seperti masakan tradisional Jepun dan bir Belgium.

Bagaimanapun, tindakan itu membangkitkan kemarahan di Malaysia, berikutan makanan jalanan negara ini sama seperti di Singapura, di mana rakyat Malaysia mendakwa ia pada umumnya jauh lebih unggul.

Mengumumkan pencalonan Singapura telah diserahkan secara rasmi pada minggu ini, pegawai kanan Lembaga Warisan Kebangsaan, Yeo Kirk Siang menegaskan bahawa bidaaan itu tidak bertujuan untuk menunjukkan makanan jalanan di Kota Singa itu adalah lebih baik berbanding negara-negara lain.

"Ia bukan mengenai negara-negara yang cuba membuktikan bahawa amalan budaya mereka lebih baik, unik, atau ia berasal dari negara ini," katanya pada sidang media.

"Pencalonan ini adalah sama ada amalan kebudayaan dinilai oleh masyarakat di dalam negara itu, dan sama ada mereka komited untuk melindungi amalan ini di negara mereka," katanya.

Pegawai turut berharap bidaan tersebut akan menggalakkan lebih penglibatan generasi muda dalam perniagaan makanan jalanan.

Bagaimanapun, berita bahawa Singapura melangkah ke hadapan dengan pencalonan itu menimbulkan kekecohan di Malaysia.

Seorang pengguna Facebook menulis: "Apabila Singapura sedar ia tidak mempunyai budaya secara bersendirian, ia akan menuntut kepunyaan pihak lain." - AFP

Unesco , makanan jalanan , Malaysia , Singapura

Artikel Berikut

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain