Waspada dengan 'Balu Kelvin' - Semasa | mStar

Waspada dengan 'Balu Kelvin'

ORANG ramai dinasihatkan untuk berwaspada dan tidak terpedaya dengan  tawaran yang menggunakan nama Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dari scammer yang tidak bertangggungjawab.

Setiausaha Akhbar kepada Menteri Kewangan Lutfi Hakim berkata, terbaharu, pihaknya mengesan seorang  individu tidak bertanggungjawab yang telah menyamar  bekerja sebagai Pengurus Perniagaan kepada Menteri Kewangan menggunakan nama “Balu Kelvin”."

Beliau (scammer) telah menghubungi individu tertentu melalui alamat e-mel “contactkelvin009@gmail.com”dengan tawaran mengaturkan pertemuan dengan Menteri Kewangan untuk tujuan perniagaan.

"Tawaran tersebut merupakan suatu penipuan oleh “Balu Kelvin” yang menyamar sebagai pegawai Menteri Kewangan.

Perlakuan menipu dan menyamar tersebut merupakan kesalahan di bawah pelbagai seksyen dalam Kanun Keseksaan (termasuklah Seksyen 417, dan 419)," katanya menerusi kenyataan.

Sehubungan itu beliau berkata satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak semalam berhubung perkara itu untuk tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa.-Bernama

Scammer , Balu Kelvin

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain