Seorang kerabat diraja lemas ketika menyelam di Pulau Perhentian - Semasa | mStar

Seorang kerabat diraja lemas ketika menyelam di Pulau Perhentian

Gambar hiasan Pulau Perhentian.
SEORANG wanita difahamkan dari kalangan kerabat diraja lemas ketika melakukan aktiviti menyelam skuba di Pulau Perhentian petang Sabtu.

Wanita yang berumur 61 tahun itu dilapor meninggal dunia kira-kira 5.15 petang oleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Pulau Perhentian setelah dibawa oleh beberapa rakannya selepas mendapati wanita itu tidak sedarkan diri.

Menurut sumber mangsa sebelum itu menyelam di Teluk Dalam Pasir Hantu di pulau berkenaan pada kedalaman 19 meter bersama lapan penyelam lain kira-kira pukul 4.15 petang.

Namun tangki udara yang digunakan mangsa mengalami masalah dan kemudiannya mangsa serta rakannya bertindak untuk naik ke permukaan air.

Pada paras kedalaman 15 meter, mangsa dilapor sempat menunjukkan isyarat tangan tanda 'ok'  dan terus menyelam tetapi beberapa saat kemudian mangsa dilihat lemah hingga diberi bantuan pernafasan (CPR).

Ketua Polis Daerah Besut Supritenden Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi Bernama mengesahkan pihaknya ada menerima laporan kejadian lemas tetapi enggan mengulas lanjut.- Bernama

Kerabat diraja , lemas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Waspada dengan 'Balu Kelvin'

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain