Tampil jika ada maklumat berkaitan Adib - Zuraida - Semasa | mStar

Tampil jika ada maklumat berkaitan Adib - Zuraida

Allahyarham Muhammad Adib.

INDIVIDU yang mempunyai maklumat berkaitan kes Muhammad Adib Mohd Kassim, anggota bomba yang meninggal dunia susulan kejadian rusuhan kuil di Subang Jaya pada November lepas, diminta tampil untuk menjadi antara saksi pada prosiding inkues kematiannya.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, segala maklumat perlu disampaikan menerusi saluran yang betul agar tidak mendatangkan salah anggapan masyarakat sekiranya disebarkan secara tidak tepat.

"Kalau ada maklumat, datang kepada kita. Nanti kita akan maklumkan kepada Mahkamah Koroner supaya mereka boleh jadi antara saksi untuk memberi keterangan pada prosiding inkues kematian Muhammad Adib," katanya kepada pemberita, di Alor Setar, Sabtu.

Zuraida membuat kenyataan itu susulan tularnya dakwaan seorang jururawat kononnya kenyataan pakar forensik Hospital Kuala Lumpur Dr Ahmad Hafizam Hasmi tidak tepat.  

Pada Jumaat, Dr Ahmad Hafizam yang merupakan saksi ke-24 berpandangan corak kecederaan dialami Muhammad Adib tidak padan dengan akibat dipukul berikutan kecederaan pada rongga dada (toraks) bukan seperti biasa dialami seseorang dipukul dengan objek tumpul, ditendang atau ditumbuk.

Susulan itu, seorang jururawat yang mendakwa merawat Muhammad Adib menulis beberapa komen balas di laman sosial media Facebook menyatakan bahawa kecederaan dialami anggota bomba itu adalah disebabkan oleh 'violence' (keganasan).

Bagaimanapun pada Sabtu, jururawat terbabit membuat permohonan maaf dan membetulkan kenyataannya serta berharap pihak yang menularkan dakwaannya agar memadamkan kenyataan tersebut. - Bernama

Muhammad Adib

Artikel Berikut

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain