“Ada berpendapat ia terlalu berat” Tun M mengenai hukuman gantung rakyat Malaysia di Singapura - Semasa | mStar

“Ada berpendapat ia terlalu berat” Tun M mengenai hukuman gantung rakyat Malaysia di Singapura

Dr Mahathir Mohamad.

KERAJAAN berusaha menyelamatkan rakyat Malaysia daripada dihukum gantung di Singapura kerana segelintir rakyat melihat hukuman mati itu terlalu berat, kata perdana menteri.

"Ya, kita cuba menyelamatkan nyawanya seperti yang kita tahu bahawa rakyat melihat hukuman mati sebagai terlalu keras. Kita berharap negara-negara lain akan mengambil pendirian yang sama.

"Jadi, kita sedih kerana hukuman gantung sepatutnya diganti dengan hukuman lain, seperti mana yang kita laksanakan dalam kes tertentu," kata Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media di lobi Parlimen pada Rabu.

Pada Selasa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Liew Vui Keong berkata, kerajaan akan mengemukakan surat kepada Singapura untuk mendesak supaya hukuman mati seorang lelaki rakyat Malaysia yang akan dilaksanakan pada Jumaat ini, dapat diringankan.

Michael Garing dari Kapit, Sarawak disabitkan kesalahan membunuh pada 2015 oleh Mahkamah Tinggi Singapura dan mahkamah rayuannya mengekalkan sabitan itu pada 2017.

Awal minggu ini, penasihat Lawyers for Liberty, N. Surendran berkata, keluarga Michael hanya diberi notis lapan hari mengenai pelaksanaan hukuman tersebut dan mereka diberitahu untuk mengatur pengebumian yang diperlukan.

Michael dan seorang lagi dari Sarawak, Tony Imba, merupakan sebahagian daripada kumpulan yang melakukan rompakan, mencederakan tiga mangsa dan membunuh mangsa keempat pada 2010.

Kedua-duanya menyerang dan merompak empat lelaki di kawasan Kallang dari lewat malam 29 Mei 2010 hingga awal pagi hari berikutnya.

Tony disabitkan hukuman penjara seumur hidup. - The Star

hukuman gantung , Michael Garing

Artikel Berikut

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain