suria

Tiga ditahan seleweng projek SSM RM30 juta

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga individu disyaki terlibat salah guna kuasa dan rasuah melibatkan projek melibatkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang dianggarkan bernilai RM30 juta.

Menurut sumber, mereka yang ditahan itu terdiri daripada seorang pegawai kanan SSM dan dua pengarah syarikat IT terkemuka di ibu negara.

Kesemua mereka berusia antara 37 dan 52 tahun itu ditahan kira-kira jam 11 pagi Isnin di pejabat dan rumah mereka di sekitar Petaling Jaya, Selangor serta ibu negara.

Menurut sumber, pegawai kanan berpangkat pengarah itu dikatakan telah bersubahat dengn dua syarikat IT terbabit bagi mendapatkan kelulusan menawarkan perkhidmatan perisian sijil diakui sah tanpa mengikut peraturan di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki, ketika dihubungi, mengesahkan kesemua tangkapan berkenaan. - Bernama

SSM, SPRM

Artikel Lain