suria

Kereta Adun Buntong dicuri

Gambar fail A.Sivasubramaniam.

KERETA milik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Buntong, A. Sivasubramaniam dicuri dari kawasan parkir Jabatan Tanah dan Galian di Ipoh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superitendan Mazuki Mat berkata, kejadian itu berlaku pada malam Selasa.

Beliau berkata, Adun itu meletakkan kereta Proton Perdana hitam di kawasan itu pada kira-kira pukul 3 petang, dan ia hilang apabila dia kembali ke parkir pada pukul 4.30 petang.

Menurut Sivasubramaniam, beliau meletakkan keretanya di tempat yang sama setiap hari kerana pejabatnya sebagai penyelaras unit hal ehwal bukan Islam di dalam bangunan berkenaan.

"Dokumen penting berkaitan kerja juga di dalam kereta. Tiada CCTV di tempat letak kereta dan pengawal tidak menyedari kejadian itu," katanya sambil menambah bahawa bangunan itu berpagar.

Mazuki berkata, kereta itu terkunci pada masa kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 379A iaitu kecurian kenderaan. - The Star

Artikel Lain