Kes pencemaran bahan kimia: 13 sekolah sekitar Pasir Gudang diarah tutup - Semasa | mStar

Kes pencemaran bahan kimia: 13 sekolah sekitar Pasir Gudang diarah tutup

SEBANYAK 13 sekolah di sekitar Pasir Gudang, Johor Bahru diarahkan tutup, mulai Rabu sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan berikutan insiden pencemaran susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim, Khamis lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor Dr Sahruddin Jamal berkata 13 sekolah berkenaan termasuk empat yang telah ditutup sebelum ini iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Puteh, SK Tanjung Puteri Resort dan SMK Tanjung Puteri Resort.

Katanya keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Pengaktifan Jawatankuasa Kerja bagi menangani kejadian pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, yang diadakan, petang Selasa.

"Mesyuarat bersetuju supaya Jabatan Pendidikan Negeri Johor dan Jabatan Pendidikan Agama Negeri Johor untuk menutup beberapa sekolah sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Selain empat sekolah tadi, turut ditutup SK Pasir Putih, SK Kota Masai 2, SMK Kota Masai 2, SK Kota Masai 3, SMK Kota Masai, SK Kota Masai, SK Perigi Acheh, Sekolah Agama Kampung Pasir Putih dan Sekolah Agama Taman Pasir Putih.

Dr Sahruddin berkata kerajaan Negeri Johor melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri telah mengaktifkan jawatankuasa kerja bagi menangani kejadian pembuangan sisa tersebut yang bertujuan menyelaras dan memantau kejadian tumpahan bahan kimia yang berlaku.

Selain penutupan sekolah tersebut, Mesyuarat Pengaktifan Jawatankuasa Kerja itu, hari ini turut memutuskan bersetuju melantik kontraktor yang dilesenkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan di Sungai Kim Kim sepanjang 1.5 km yang akan di selaraskan Jabatan Pengairan dan Saliran serta JAS Johor.

Beliau berkata ia adalah lanjutan daripada kerja-kerja pembersihan yang telah dilakukan pada 7 dan 8 Mac lepas.

Katanya, orang awam dinasihati supaya tidak memasuki kawasan di lokasi tempat kerja-kerja pembersihan yang akan dilaksanakan tersebut.

"Kerajaan Negeri Johor juga menekankan supaya orang ramai mengikut saranan Jabatan Kesihatan Negeri supaya mendapatkan rawatan segera sekiranya mempunyai gejala pedih mata, sakit dada dan sesak nafas dan disyaki terhidu dan terdedah kepada bahan kimia tersebut," katanya.

Menurut Dr Sahruddin, orang ramai juga dinasihati menggunakan air terawat untuk aktiviti harian, kerap mandi dan pakaian yang digunakan hendaklah dibasuh berasingan setiap kali keluar dari rumah bagi mengelakkan kemungkinan sisa toksik terkena di anggota badan, mengelakkan diri dari memasuki dan berada di kawasan kejadian tersebut serta dinasihatkan mengelak melakukan sebarang aktiviti termasuk aktiviti riadah berdekatan kawasan Sungai Kim Kim.

Orang ramai juga diminta mengikuti maklumat terkini kejadian berkenaan dari sumber maklumat yang sahih dan mematuhi arahan pihak berkuasa, katanya.
-- BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain