PH sentiasa jaga hak Melayu, Islam - Muhyiddin - Semasa | mStar

PH sentiasa jaga hak Melayu, Islam - Muhyiddin

TIMBALAN Presiden Pakatan Harapan (PH) Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan akan sentiasa menjaga hak dan kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

Beliau menarik perhatian bahawa kerajaan PH ketika ini dituduh menjual hak orang Melayu, dan agama Islam, apabila melantik Menteri Kewangan, Peguam Negara dan Ketua Hakim daripada kalangan bukan Melayu.

"Apa yang saya nak katakan, tindakan kerajaan PH tidak bercanggah dengan perlembagaan negara," katanya ketika berucap pada majlis Bicara Rakyat di Sungai Kembung Hilir di sini malam Selasa dalam siri kempen PH menjelang pilihan raya kecil Semenyih, 2 Mac ini.

Beliau berkata kerajaan sedia dibawa ke mahkamah oleh mana-mana pihak yang mendakwa, apa yang dilakukan kerajaan itu bercanggah dengan perlembangan negara, kerana kerajaan mengetahui hakikatnya bukan begitu.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dikatakan mempersoal beberapa pelantikan itu, ketika berkempen di sini Sabtu lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini berkata polis sedang menyiasat Mohamed Nazri di bawah Akta Hasutan.

Muhyiddin seterusnya berkata soal bangsa bukan kriteria utama dalam memegang jawatan, tetapi mereka perlu beramanah dan bertanggungjawab.

Katanya, menteri kewangan sebelum ini terdiri daripada kalangan Melayu, namun ramai yang melihatnya seolah-olah telah menjatuhkan nama bangsa sendiri.- BERNAMA

Tan Sri Muhyiddin Yassin , PH

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut