suria

Hadi beritahu Tun M, “PAS tidak akan sokong Umno”

Foto Bernama

PENGERUSI Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu berkata PAS telah memutuskan tidak akan menyokong Umno dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih.

Perdana menteri berkata perkara itu disuarakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertemu dengan beliau di Yayasan Al-Bukhary, di sini pada Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq dakwa nyaris diserang selepas penamaan calon PRK Semenyih

"Dalam pertemuan itu, kami bincang soal politik. Banyak soal politik. Antaranya mengenai  PAS dalam pilihan raya kecil Semenyih kali ini, ia (PAS) tidak akan menyokong parti Umno.

“Hadi maklumkan kepada saya PAS tidak akan menyokong Umno. Tapi ada juga pengakuan secara tertulis dan ditandatangani,” katanya selepas menyampaikan ucaptama dalam Pesta Demokrasi Kuala Lumpur 2019 anjuran Gerakan Pembaharuan Untuk Asia Tenggara (FORSEA), di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Abdul Hadi pada Jumaat dilapor berkata pertemuannya dengan Dr Mahathir pada hari tersebut adalah bagi membincangkan penyelarasan pentadbiran antara kerajaan Negeri dengan Persekutuan.

Anggota Parlimen Marang itu berkata perbincangan itu turut menyentuh mengenai Wang Tunai Petroleum (WTP), Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) dan projek-projek Kerajaan Persekutuan dan Negeri agar tidak wujud sebarang percanggahan. - Bernama

PRK Semenyih, PAS, Mahathir Mohamad

Artikel Lain