Lelaki cari ketam maut dibaham buaya di Miri - Semasa | mStar

Lelaki cari ketam maut dibaham buaya di Miri

GAMBAR HIASAN (Nat Geo)

SEORANG lelaki pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia maut dibaham buaya ketika mencari ketam di muara sungai di Ladang Segi Pakatan Niah, Miri, tengah hari Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Miri, Supt Mohd Sabri Zainol berkata, dalam kejadian 1 tengah hari itu, mangsa Muh Tahir Majid Syam, 40, telah keluar bersama anak saudaranya Muhammad Arfian Putra Effendy, 24, mencari ketam di sungai berkenaan dan anak saudaranya mencari ketam di dua lokasi berbeza.

"Anak saudaranya mencari mangsa di tempat mangsa mencari ketam tetapi mendapati dia tiada di lokasi cuma barang-barang mangsa yang ada di tempat berkenaan," katanya dalam kenyataan malam Rabu.

Beliau berkata, anak saudaranya cuba mencari mangsa di sekitar sungai namun hanya ternampak kepala mangsa terapung di sungai dan terus tenggelam.

"Mayat mangsa telah dijumpai di sungai pada 6 petang Khamis, hasil siasatan awal mangsa dipercayai dibaham buaya kerana ada kesan luka gigitan binatang di badan mangsa," katanya sambil menambah mayat sudah dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat.- BERNAMA

Muh Tahir Majid Syam , Buaya

Artikel Berikut

"Saya pencuri hati rakyat" - Najib

Artikel Lain