Bekas Adun Labu meninggal dunia - Semasa | mStar

Bekas Adun Labu meninggal dunia

BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Labu, Datuk Muhamad Shahlan Shaid, 69, meninggal dunia pada 11.15 pagi Rabu di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini akibat sesak nafas.

Adik Allahyarham, Redjuan Shaid, 64, yang mengesahkan perkara itu berkata arwah abangnya dimasukkan ke HTJ pada Ahad lepas selepas kesihatannya merosot.

"Abang saya sebelum ini mengalami lumpuh akibat stroke sejak 11 tahun lepas dan dia kerap kali masuk dan keluar hospital sejak akhir-akhir ini.

"Pada Ahad lepas dia dimasukkan ke hospital setelah mengalami demam, sesak nafas dan beberapa penyakit lain termasuk kencing manis dan buah pinggang," katanya.

Redjuan berkata jenazah abangnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gadong Jaya di sini, selepas solat Asar.

Muhamad Shahlan yang dilahirkan di Kampung Pelegong, Batu 8, Labu, meninggalkan isteri Datin Rosliah Abu, 67, dan sembilan orang anak.

Beliau merupakan Adun Labu selama tiga penggal dari 1995 hingga 2008 dan pernah dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri dari 1999 hingga 2004. - BERNAMA

Adun , Labu

Artikel Berikut

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain