Tuntut harta pusaka, ibu Jamaluddin Jarjis saman dua cucu - Semasa | mStar

Tuntut harta pusaka, ibu Jamaluddin Jarjis saman dua cucu

Jamaludin Jarjis.

IBU kepada bekas Anggota Parlimen Rompin Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis, Aminah Abdullah memfailkan saman terhadap dua orang cucunya berhubung kegagalan mereka memasukkan syer tiga buah syarikat dalam senarai aset harta pusaka dianggar bernilai RM1.3 bilion.

Aminah, 85, selaku plaintif memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi pada 31 Januari lepas menerusi Tetuan Wan Marican, Hamzah and Shaik, dengan menamakan Nur Anis Jamaludin, 34, dan Ikwan Hafiz Jamaludin, 32, sebagai defendan pertama dan kedua.

Mahkamah Tinggi menetapkan 2 April untuk pengurusan kes saman berkenaan di hadapan Hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril.

Peguam Aqilah Pawancheek yang mewakili Aminah memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes berkenaan di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Norliza Hussin di Kuala Lumpur pada Selasa.

Dalam penyataan tuntutannya, Aminah mendakwa defendan pertama dan kedua sebagai pentadbir bersama harta pusaka Jamaludin (simati) gagal memasukkan syer tiga syarikat sebagai aset harta pusaka di dalam senarai aset di dalam surat kuasa mentadbir sewaktu kematian simati pada 4 April 2015 dan gagal memasukkan syer itu di dalam tanggungan sejak 6 Julai 2017.

Aminah juga mendakwa kedua-dua defendan gagal memasukkan syer tiga syarikat iaitu syarikat Rantai Wawasan Sdn Bhd, Alpine Motion Sdn Bhd, Ivory Insight Wawasan Sdn Bhd sebagai sebahagian daripada aset harta pusaka simati dan dibuat dengan tujuan menafikan hak dan kepentingan plaintif sebagai benefisiari harta pusaka simati.

Plaintif juga mendakwa kedua-dua cucunya itu gagal menyatakan anggaran nilai bagi setiap satu syer tiga syarikat itu yang bernilai RM1,384,312,154, dua tahun enam bulan selepas kematian Jamaludin, dan gagal memberi maklumat berhubung dengan harta pusaka sebelum plaintif melantik peguam syarie dan peguamcara untuk bertindak bagi pihak plaintif.

Defendan-defendan juga didakwa gagal memasukkan sebuah apartmen di Amerika Syarikat dengan anggaran nilai RM10 juta ke dalam senarai aset yang dilampirkan bersama surat pentadbiran.

Defendan kedua juga didakwa gagal memaklumkan kepada plaintif bahawa beliau telah memperolehi sijil faraid bagi harta pusaka daripada Mahkamah Tinggi Syariah pada 6 Oktober 2016.

Kedua-dua defendan juga didakwa meminta plaintif menandatangani dua dokumen iaitu surat penolakan berkaitan permohonan kedua-dua defendan untuk geran surat kuasa mentadbir harta pusaka simati dan satu ikatan perkiraan keluarga, tanpa plaintif diberi peluang mendapatkan nasihat undang-undang di mana defendan-defandan mengetahui bahawa Mohd Najib Hussain adalah peguam plaintif.

Oleh itu, plaintif menuntut namanya dimasukkan dalam senarai pentadbir bersama harta pusaka kerana Aminah sebagai ibu kandung yang sah kepada si mati mempunyai kepentingan dalam harta pusaka.

Beliau juga menuntut defendan pertama dan kedua membayar dividen, bonus, keuntungan dan isu terbitan dari pegangan syer tiga buah syarikat itu ke dalam akaun plaintif dalam tempoh 21 hari dari tarikh perintah dikeluarkan. - BERNAMA

Jamaludin Jarjis

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

Artikel Lain