“Saya 'lulusan' tadika, bukan graduan mana-mana universiti”- Mahfuz - Semasa | mStar

“Saya 'lulusan' tadika, bukan graduan mana-mana universiti”- Mahfuz

Mahfuz Omar.

TIMBALAN Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lulusan Universiti Belford.

"Saya bukan lulusan sebuah universiti. Saya tidak pernah mendakwa belajar di mana-mana universiti, jauh sekali di sebuah universiti antarabangsa.

"Saya amat terkejut mendengar nama saya turut dikaitkan memiliki sijil kelayakan akademik palsu" katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai buku direktori wakil-wakil rakyat yang menyenaraikan maklumat setiap Ahli Parlimen tular di media sosial termasuk Mahfuz yang menunjukkan beliau berkelulusan dari Universiti Belford.

"Saya terkejut. Ia mengarut. Saya tidak memiliki sebarang ijazah.

"Saya tidak perlu berbohong mengenai kelayakan akademik saya. Dalam politik, apa yang penting ialah keupayaan dan pengetahuan.

"Saya naik dari politik. Saya belajar dari pengalaman dan juga dari mereka yang lebih berpengalaman.

"Dan saya bangga mengatakan saya adalah graduan tadika. Dan saya bangga mempertahankan apa yang betul. Saya berani bersuara demi kepentingan rakyat tanpa rasa takut.

"Semasa Kedah dibawah pentadbiran PAS, saya juga mengkritik kerajaan negeri untuk menangani isu pembuangan sampah. Saya bersama PAS sebelum itu dan saya berani bersuara," kata Mahfuz yang meninggalkan PAS dan menyertai Amanah sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Mahfuz Omar , ijazah , palsu

Artikel Sebelum

Enam bekas Ahli Parlimen Umno sertai Bersatu

Artikel Berikut

Artikel Lain