suria

Azmin nafi dipecat PKR

Azmin Ali.

TIMBALAN Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Selasa menafikan khabar angin kononnya beliau telah dipecat parti itu dan menganggapnya sebagai berita palsu.

“Banyak khabar angin sekarang ini yang disebar oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Jadi untuk menyelesaikan masalah ini, kita jangan kita percaya dengan khabar-khabar angin terutamanya melalui teknologi baru seperti sosial media,”katanya ketika ditemui media di Sepang pada Selasa.

Mohamed Azmin yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi terdahulu merasmikan perkhidmatan sewa khas untuk Haji dan Umrah, Amal oleh Malaysia Airlines di sini.

Tular di media sosial termasuk di Facebook dan Twitter sejak malam Isnin yang mendakwa Mohamed Azmin telah dipecat daripada PKR. - BERNAMA

Azmin Ali, PKR

Artikel Lain