Pemilik akaun bank luar negara belum lapor pendapatan diminta segera ke LHDN - Semasa | mStar

Pemilik akaun bank luar negara belum lapor pendapatan diminta segera ke LHDN

lhdn

INDIVIDU yang mempunyai akaun bank di luar negara dan mempunyai pendapatan yang belum dilaporkan diminta segera hadir ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Datuk Seri Sabin Samitah berkata pihaknya telah mengeluarkan surat dan e-mel khusus kepada pembayar cukai yang mempunyai akaun bank di luar negara yang masih gagal membuat pelaporan cukai yang sepatutnya.

"Pembayar cukai dalam kategori inilah yang diminta dalam surat dan e-mel LHDN untuk menghubungi dan melaporkan pendapatan tersebut kepada LHDN," katanya.

Beliau berkata agensi itu mula menerima maklumat kewangan khususnya pemilikan akaun bank dari luar negara mulai September 2018 di bawah inisiatif Pertukaran Maklumat Secara Automatik (AEOI) oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

LHDN memperkenalkan inisiatif Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) sebagai satu daripada kaedah penyelesaian cukai bagi mereka yang mempunyai pendapatan yang dijana daripada hasil sumber pendapatan Malaysia yang boleh dikenakan cukai dan disimpan di akaun bank di luar negara tetapi pendapatan tersebut masih belum dilaporkan.

Di bawah program tersebut, kerajaan bersetuju memberi kelonggaran pengurangan bayaran penalti daripada 300 peratus kepada 10 peratus sekiranya pelaporan dibuat pada atau sebelum 31 Mac, 2019 dan 15 peratus sekiranya pelaporan dibuat pada atau sebelum 30 Jun, 2019.

Dalam perkembangan lain, Sabin berkata tindakan telah diambil terhadap aduan mengenai segelintir pegawainya yang menjalankan tugas secara tidak profesional, mengugut pembayar cukai dan tidak mengikut prosedur kerja yang ditetapkan.

"LHDN memberi jaminan aktiviti audit atau siasatan tidak akan melibatkan serbuan ke atas rumah pembayar cukai pada tengah malam," katanya. - BERNAMA

LHDN

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain