Hina Tun M, polis diminta siasat Lokman Noor Adam - Semasa | mStar

Hina Tun M, polis diminta siasat Lokman Noor Adam

LAPORAN polis dibuat supaya siasatan terhadap anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Datuk Lokman Noor Adam kerana memfitnah serta menghina Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta ibu bapa negarawan itu.

Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH) Kedah, Asmirul Anuar Aris berkata Lokman Noor dalam satu hantaran video di laman Facebooknya telah menggunakan beberapa perkataan menghina serta fitnah terhadap Dr Mahathir.

“Dia juga menabur sentimen perkauman kerana menyatakan Dr Mahathir mengikut telunjuk DAP. Sebagai Ketua Pemuda PH Kedah, saya membuat laporan polis ini supaya satu siasatan segera dilakukan," katanya kepada pemberita selepas beliau membuat laporan di Balai Polis Kuah, di sini, Isnin.

Mengulas lanjut, Asmirul Anuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pelancongan, Seni dan Budaya, Pembangunan Keusahawanan Kedah berkata berbeza pandangan satu perkara biasa dalam politik namun tidak perlu mengeluarkan perkataan menghina dan memfitnah.

"Kita boleh berbeza pandangan, tidak ada masalah tetapi jangan sampai menghina Dr Mahathir dan ibu bapa negarawan itu.

“Video tersebut juga menabur fitnah supaya rakyat membenci Perdana Menteri, rakyat seharusnya tahu Dr Mahathir berkorban pada usia 93 tahun masih berkhidmat untuk rakyat Malaysia disebabkan skandal-skandal kerajaan Barisan Nasional dahulu," kata Anggota Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan itu.

Berdasarkan laporan polis itu, Asmirul Anuar mahu polis mengambil tindakan terhadap Lokman Noor kerana mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, fitnah dan penghinaan kepada Dr Mahathir yang menjalankan tugas serta tanggungjawab diamanahkan oleh rakyat Malaysia.-- Bernama

Lokman Noor Adam , Mahathir

Artikel Berikut

Awas! Laman web penstriman haram disekat

Klik

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?