suria

"Relakslah...saya nak jalan-jalan, sembang-sembang dan makan ikan bakar sahaja" - Najib

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyindir pihak yang  dilihat kurang senang dengan kehadirannya di Pulau Langkawi.

Dalam hantaran di Facebook beliau, Najib meminta mereka bertenang kerana beliau ke situ untuk "jalan-jalan, sembang-sembang dan makan ikan bakar sahaja".

"Buat 'selfie' pun salah? Sampai ada beberapa orang perlu buat laporan polis terhadap saya.

"Relakslah. Saya ke sini untuk jalan-jalan, sembang-sembang dan makan ikan bakar sahaja," tulis beliau.

Pada Sabtu, polis mengesahkan menerima laporan berkaitan program berswafoto bersama Najib di pulau peranginan itu.

Ketua Polis Langkawi, Superitendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, lima laporan tersebut dibuat ahli Bersatu Langkawi di Balai Polis Kuah pada pukul 4.30 petang, Jumaat.

Laporan tersebut meminta polis menjalankan siasatan dan tinjauan sama ada program tersebut mendapat permit, ada unsur hasutan serta perkauman.

Dalam pada itu, Najib juga tertanya-tanya apakah lagi tindakan bakal diambil terhadapnya selepas ini.

"Tahun lepas nak sekat saya main Facebook, sekarang nak larang saya selfie dengan kawan-kawan.

"Apa lagi selepas ini?," katanya.-Sinar Harian

Najib, Langkawi, selfie

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain