Singapura tak benarkan masuk kenderaan asing ada denda belum dibayar - Semasa | mStar

Singapura tak benarkan masuk kenderaan asing ada denda belum dibayar

SINGAPURA mungkin tidak membenarkan kenderaan asing yang mempunyai sejumlah denda yang belum dijelaskan bagi kesalahan trafik, parkir atau pelepasan asap kenderaan daripada memasuki republik itu, mulai 1 April.

“Langkah ini bertujuan untuk mengetatkan penguatkuasaan bagi kesalahan-kesalahan itu, kata Lembaga Perumahan and Pembangunan, Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat, Agensi Alam Sekitar Nasional, Pasukan Polis Singapura dan Pihak Berkuasa Pembangunan Semula Bandar dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat.

Menurut kenyataan bersama itu, kira-kira 60,000 kenderaan asing memasuki Singapura setiap hari.

"Kami memandang serius kegagalan mereka berbuat demikian. Untuk mengingatkan pemilik kenderaan asing untuk membayar denda yang belum dijelaskan, risalah telah diedarkan, dan papan iklan dipasang di tempat pemeriksaan darat.

"Polis trafik dan agensi kerajaan yang lain juga menjalankan operasi di pusat pemeriksaan darat untuk mengesan pemandu kenderaan terbabit supaya menjelaskan denda," kata kenyataan itu.

Walaupun langkah-langkah ini dilaksanakan, agensi itu berkata beberapa pemandu kenderaan asing terus mengabaikan denda yang belum dilunaskan.

"Untuk terus menghalang perlakuan sedemikian dan menguatkuasakan secara lebih berkesan terhadap mereka yang gagal membayar denda, kenderaan asing yang mempunyai denda yang belum dijelaskan bagi kesalahan berkaitan kenderaan mungkin tidak akan dibenarkan memasuki Singapura mulai 1 April 2019," kata mereka.

Untuk mengelakkan daripada tidak dibenarkan memasuki Singapura, pemandu asing dinasihatkan supaya menyemak sama ada mereka mempunyai denda yang belum dijelaskan untuk kesalahan berkaitan kenderaan danmenjelaskannya dengan segera.

Pemandu boleh membuat semakan bagi semua denda dengan melayari www.axs.com.sg.

Pembayaran denda boleh dibuat melalui empat saluran iaitu kios AXS, laman sesawang AXS dan aplikasi mudah alih AXS; laman sesawang agensi masing-masing; kaunter perkhidmatan pelanggan agensi masing-masing; dan Pejabat Pos SingPost (terpakai untuk semua agensi kecuali Polis Trafik).

Kenyataan itu menyatakan pemandu asing yang ingin mendapatkan penjelasan mengenai kesalahan mereka boleh menghubungi Lembaga Perumahan and Pembangunan di 1800 - 2255432 atau e-mel: hdbcarparks@mailbox.hdb.gov.sg; Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (1800 - 2255582); Agensi Alam Sekitar Nasional (6225 5632); Pasukan Polis Singapura (Polis Trafik) (6547 0000); dan Pihak Berkuasa Pembangunan Semula Bandar (6329 3434). - BERNAMA

Singapura , denda

Artikel Sebelum

Aliran trafik perlahan menuju utara

Artikel Berikut

Harga tiket kereta api Bukit Bendera naik

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain