Malaysia top 5 di dunia penembusan media sosial mudah alih, purata hampir 3 jam sehari! - Semasa | mStar

Malaysia top 5 di dunia penembusan media sosial mudah alih, purata hampir 3 jam sehari!

Gambar hiasan.

MALAYSIA menduduki kelompok kelima tertinggi di dunia dan tempat teratas di Asia Tenggara dalam penembusan media sosial mudah alih, demikian menurut Hootsuite and We Are Social dalam laporan terkini Digital 2019.

Laporan itu menyebut penembusan Internet di Malaysia kini pada tahap 80 peratus, dengan pengguna membelanjakan purata lapan jam lima minit sehari secara dalam talian.

“Selama dua jam 59 minit daripada tempoh itu digunakan untuk media sosial.

“Menduduki tempat keempat dunia dalam penembusan sosial mudah alih, Malaysia mempelopori negara di Asia Tenggara, termasuk Singapura, di tangga keenam, diikuti Thailand (lapan) dan Filipina (10),” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Malaysia katanya, menawarkan peluang perniagaan yang unik, dengan 75 peratus pengguna Internet membelanjakan wang mereka untuk e-dagang, manakala 58 peratus membelanjakan wang untuk platform dagang mudah alih.

Berdasarkan laporan itu, Malaysia mengatasi Singapura dalam penggunaan perbankan mudah alih, apabila 66 peratus daripada pengguna Internet di Malaysia menggunakan opsyen perbankan mudah alih berbanding 64 peratus di Singapura.

Ini memberi gambaran mengenai pergantungan yang semakin tinggi ke atas platform mudah alih.

“Penggunaan aplikasi hailing juga popular di Malaysia apabila 48 peratus pengguna Internet menggunakan aplikasi seperti itu, ketiga tertinggi di dunia selepas Singapura dan Indonesia,” katanya. - Bernama

media sosial

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain