suria

Bahaya sangat ke saya main Facebook, soal Najib

Najib Tun Razak.

BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pernah cuba menghalang beliau daripada mengeluarkan sebarang kenyataan melalui media sosial.

Najib berkata ia antara salah satu syarat yang dikenakan ke atas dirinya sebelum beliau dibebaskan dengan ikat jamin.

"Bahaya sangat ke saya main Facebook?", soalnya.

Beliau berkata ramai tidak mengetahui bahawa kerajaan Pakatan Harapan pernah mengenakan dua syarat sebelum mereka membenarkan dirinya dibebaskan dengan ikat jamin.

"Syarat-syarat itu adalah saya tidak boleh menganjur atau menghadiri diri di sebarang acara awam kecuali acara agama.

"Saya juga tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan atau menggunakan Facebook dan Twitter," katanya.

Bagaimanapun Najib berkata dia bersyukur kerana hakim telah menolak dua syarat berkenaan.

"Alhamdulillah, tuan hakim telah menolak syarat-syarat kerajaan PH.

"Dan saya masih boleh menjelaskan serta menyangkal fitnah-fitnah PH terhadap saya dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu melalui media sosial," katanya.

Najib Razak, Facebook

Artikel Lain