suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bayi 18 bulan maut, lemas akibat tersembam dalam baldi

SEORANG bayi lelaki berusia setahun enam bulan ditemui lemas akibat tersembam ke dalam baldi berisi air di rumahnya di Kampung Bukit Tunggal, Kuala Nerus, Selasa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superitendan Suffian Sulaiman berkata menurut laporan, kejadian itu berlaku ketika semua anggota keluarga termasuk ibu mangsa sedang tidur kerana kepenatan.

“Sebaik bangun dari tidur kira- kira pukul 12 tengah hari, bapa mangsa yang bekerja sebagai pemandu 'kereta sapu' sedar anak bongsunya tiada berdekatan dan bergegas mencari di merata tempat termasuk di bilik air.

"Beliau sangat terkejut apabila menemui mangsa berada dalam keadaan kepala tersembam di dalam baldi dan sudah kebiruan sebelum dikejarkan ke klinik kesihatan berdekatan untuk diselamatkan," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Terengganu, Rabu.

Beliau berkata selepas 50 minit menerima rawatan, mangsa akhirnya disahkan meninggal dunia dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Dalam perkembangan lain, Suffian berkata IPD Kuala Terengganu merekodkan penurunan kes jenayah kepada 548 kes tahun lepas berbanding 669 pada 2017.

Sepanjang 2018, cawangan narkotik IPD Kuala Terengganu menahan 3,003 pesalah dadah dan menghapuskan 27 sarang dadah termasuk di kawasan nelayan.-- Bernama

Kampung Bukit Tunggal, baldi, lemas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain