Keluarga tawar ganjaran RM20,000 untuk maklumat lelaki warga Ireland hilang - Semasa | mStar

Keluarga tawar ganjaran RM20,000 untuk maklumat lelaki warga Ireland hilang

Warde (kanan) bersama ibunya, Mary Morrissey.

KELUARGA Stephen Warde merayu kepada orang ramai dengan menawarkan ganjaran AS$5,000 (RM20,560) untuk sebarang maklumat mengenai kehilangan lelaki warga Ireland itu.

Warde, 32, memasuki Malaysia sebagai pelancong pada 15 November tahun lepas.

Abangnya, Donal Warde, 34, berkata, menerusi rakaman CCTV, Stephen dilihat di luar Mercu Summer Suites di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 29 Disember.

Beliau juga berkata, kali terakhir Stephen memeriksa aplikasi mudh alih, WhatsApp pada pukul 1.30 pagi 2 Januari.

"Kunci utama kita sekarang adalah mengenal pasti apakah yang berlaku antara 29 Disember dan 2 Januari.

"Namun, kita juga menghargai sekiranya sesiapa sahaja secara sukarela mendapatkan maklumat terkini," katanya.

Stephen digambarkan mempunyai rambut coklat gelap, mata coklat dan ketingian 180 sentimeter atau 5 kaki 11 inci.

Dia kali terakhir dilihat memakai baju biru dan ungu, berseluar pendek dan kasut hitam.

Tambahnya, Stephen yang bekerja dalam industri e-dagang pernah berkunjung ke Malaysia sekurang-kurangnya sekali sebelum ini.

Donal berkata, ibunya, Mary Morrissey dan tiga beradiknya terbang ke Kuala Lumpur untuk mengendalikan perkara itu.

Dia menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat supaya menghubungi ibu pejabat polis Dang Wangi di 03-2600 2222 atau melawat balai polis berdekatan. - The Star

Stephen Warde

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain