Buruh Bangladesh maut tertimbus di bawah timbunan besi perancah, bancuhan simen - Semasa | mStar

Buruh Bangladesh maut tertimbus di bawah timbunan besi perancah, bancuhan simen

Foto Front Desk

SEORANG pekerja warga Bangladesh maut akibat terperangkap di bawah runtuhan lantai bangunan yang sedang dalam proses pembinaan di Taman Teknologi Subang Hitech, dekat sini, petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohamad Azlin Sadari berkata dalam kejadian kira-kira 4.44 petang itu, mangsa berusia 43 tahun tiba-tiba terjatuh selepas selesai melakukan kerja pembinaan di kawasan berkenaan.

"Mangsa terperangkap di bawah timbunan besi perancah dan bancuhan simen," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Nurizham Mohd Nudin berkata tujuh pegawai serta anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan mengenai kejadian.

"Mangsa yang dikenali sebagai Kassim terjatuh dari ketinggian 14 meter itu ditemui, pada 5.42 petang dan berjaya dikeluarkan pada 9.40 malam," katanya sambil menambah bahawa struktur bangunan yang masih belum kukuh dipercayai sebagai punca kejadian.

Norizham berkata pihaknya turut menggerakkan Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat (STORM) ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mayat mangsa yang terperangkap akibat dihempap besi perancah.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. - Bernama

tapak binaan

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain