suria

Harga petrol, diesel naik!

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Harga runcit petrol RON97 dan RON95 naik enam sen kepada RM2.28 dan RM1.98 seliter masing-masing manakala harga diesel naik 12 sen kepada RM2.17 seliter mulai tengah malam ini hingga 25 Januari.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, penetapan harga runcit produk petroleum bagi minggu tersebut (19-25 Jan) adalah mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kenaikan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses di pasaran dunia yang telah menunjukkan trend peningkatan berbanding minggu sebelumnya, iaitu daripada 60 dolar Amerika (RM247) setong kepada 63 dolar Amerika (RM260) setong bagi petrol RON95 dan daripada 68 dollar Amerika (RM280) setong kepada 72 dolar Amerika (RM296) setong bagi diesel."

Bagaimanapun, Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini memberitahu, harga runcit produk petroleum akan dikekalkan pada paras tidak melebihi RM2.20 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.18 seliter bagi diesel melalui pemberian subsidi demi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga yang ketara apabila harga minyak dunia meningkat.

Menurut Guan Eng, ia merupakan inisiatif baharu kerajaan Pakatan Harapan untuk melindungi kepentingan golongan B40 yang tidak pernah diamalkan oleh kerajaan terdahulu.

Mulai 5 Januari lepas, harga runcit produk petroleum telah ditetapkan secara mingguan apabila harga runcit bagi produk petrol RON97 diturunkan pada paras RM2.23 seliter manakala harga runcit petrol RON95 diturunkan kepada RM1.93 seliter dan harga runcit bagi produk diesel diturunkan pada paras RM2.04 seliter.

Bagi minggu-minggu yang seterusnya, harga runcit akan diselaraskan semula mengikut kaedah apungan terkawal di bawah formula APM.

Harga petrol, diesel

Artikel Lain