#10yearschallenge... Mufti WP ulas gambar ‘dahulu’ tak tutup aurat - Semasa | mStar

#10yearschallenge... Mufti WP ulas gambar ‘dahulu’ tak tutup aurat

Antara foto cabaran #10yearschallenge di laman sosial yang menjadi persoalan.

MEDIA sosial sejak awal minggu ini dibanjiri gambar perbandingan menerusi cabaran terbaharu iaitu 10 Years Challenge.

Menerusi cabaran yang kini menjadi ikutan seluruh dunia, anda perlu menggabungkan gambar anda 10 tahun lalu dan gambar terkini sebelum dimuat naik ke laman sosial.

Memandangkan ia kini menjadi satu fenomena, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri memberi pandangan mengenai isu perbandingan sekiranya gambar dahulu yang dimuat naik itu tidak menutup aurat. 

Sekiranya gambar dahulu itu adalah belum mumayyiz (umur di mana kanak-kanak boleh membezakan antara buruk dan baik), beliau berkata, hukumnya adalah harus selagimana tidak membawa fitnah.

“Manakala, bagi yang sudah mumayyiz, hukumnya adalah haram. Ini kerana memuat naik gambar yang tidak menutup aurat sempena fenomena cabaran #10yearschallenge yang tular kini, bukanlah satu keperluan yang penting dan hanya sekadar suka-suka sahaja,” katanya menerusi catatan di laman web rasminya pada Khamis bertajuk Al-Kafi #1056: Muat Naik Gambar Dahulu Tidak Menutup Aurat Untuk #10yearschalenge.

Catatan Al Kafi merupakan kupasan ringkas persoalan-persoalan agama di media sosial oleh netizen.

Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Pada Mei tahun lau, Zulkifli menerusi catatannya berpandangan bahawa hukumnya haram bagi memuat naik gambar sendiri yang mendedahkan aurat untuk tatapan umum di media sosial kerana ia akan menyebabkan auratnya turut dilihat oleh bukan mahramnya. 

Mengenai ikutan #10yearsphotochallenge, beliau berkata, sikap warak dan berhati-hati perlu diutamakan kerana potensi untuk gambar dahulu yang tidak menutup aurat meskipun sekarang menutup aurat untuk menjadi fitnah adalah amat tinggi. 

“Maka, di sinilah asas pengharamannya berdasarkan kaedah sadd al-zari’ah iaitu mencegah perkara-perkara harus yang boleh membawa kepada yang haram,” katanya.

Tambah Zulkifli, apa sahaja yang berisiko menimbulkan fitnah, sebaik-baiknya dielakkan kerana ia akan memberi kesan buruk untuk jangka pendek dan panjang.

“Pun begitu, sebarang bentuk gambar yang boleh dimanipulasi untuk tujuan yang tidak baik, hendaklah dipertimbangkan sebaik-baiknya sebelum dimuat naik. 

“Apatah lagi dalam suasana zaman sekarang yang terdedah kepada bahaya, termasuk isu-isu melibatkan child predator (pemangsa seksual kanak-kanak) dan pedofil,” katanya.

Artikel Sebelum

PRK Semenyih 2 Mac

Artikel Berikut

Inkues Muhammad Adib bermula hari ini

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain