suria

SPRM serbu ibu pejabat SSM, kali ketiga dalam seminggu

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat serbuan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada Khamis, menjadikan ia serbuan ketiga dalam tempoh seminggu.

Pasukan penyiasat dipercayai menghabiskan hampir enam jam mencari fail dan dokumen yang boleh membantu dalam siasatan kes mereka.

Sumber SPRM mengesahkan serbuan tersebut.

Pada 9 dan 14 Januari lalu, penyiasat SPRM berkunjung ke ibu pejabat SSM di Kuala Lumpur, sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap dakwaan skandal projek bernilai RM500 juta.

Pada November tahun lalu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang bercakap di Dewan Rakyat, menyeru pihak berkuasa untuk menyiasat projek berdaya saing suruhanjaya itu yang didakwanya mempunyai unsur rasuah ketika diberikan. - The Star

SPRM, SSM

Artikel Lain