Kenapa Kit Siang obsesi terhadap saya? - Najib - Semasa | mStar

Kenapa Kit Siang obsesi terhadap saya? - Najib

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau mempersoalkan mengenai penasihat DAP, Lim Kit Siang yang obsesi terhadapnya.

Bekas perdana menteri itu berkata, beliau tidak faham mengapa Kit Siang menyerangnya secara peribadi dengan mengeluarkan kenyataan setiap hari.

"Saya tidak faham obsesi Lim Kit Siang terhadap saya sehingga beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan setiap hari untuk menyerang saya secara peribadi walaupun saya tidak lagi perdana menteri atau presiden Umno dan (pengerusi) BN.

"Kit Siang tidak mahu lagi mencari kebenaran mengenai kematian Altantuya, Teoh Beng Hock, Kevin Morais dan Hussain Najadi yang dia pernah sering mengaitkan dengan saya sebelum ini ke?," ujar Najib menerusi posting di halaman Facebooknya dengan tanda pagar #TakutApaBossKu.

Najib mendakwa, pegawainya telah membantu Kit Siang untuk mencari kebenaran dengan membuat laporan polis terhadap beliau berhubung kes-kes kematian tersebut.

"Kit Siang tidak berminat lagi ke?

"Ataupun dia telah mengaku memfitnah saya berulang-kali mengenai kes-kes ini selama bertahun-tahun?," soal Najib.

Ahli Parlimen Pekan itu turut memuat naik gambar beliau membeli snek di R&R Tapah.

Salah satu keterangan gambar menyebut: "Eh, ejaan betul" merujuk kepada gambar minuman Starbucksnya. - The Star

Starbucks , Najib Tun Razak , Lim Kit Siang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut