Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah gelaran rasmi Sultan Pahang - Semasa | mStar

Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah gelaran rasmi Sultan Pahang

Sultan Pahang Sultan Abdullah Ahmad Shah berkenan mencium Al-Quran sempena Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang Keenam di Balairung Seri Istana Abu Bakar, Selasa. Turut berangkat Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. -fotoBERNAMA

PEKAN: Sultan Pahang keenam Sultan Abdullah akan memakai gelaran rasmi sebagai Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiusaha Sulit Sultan Pahang Kolonel Nazim Mohd Alim, gelaran itu membawa maksud Sultan Abdullah pembela agama yang dipilih Allah.

Sultan Abdullah dimasyhurkan menjadi Sultan Pahang keenam hari ini hasil keputusan sebulat suara mesyuarat Majlis Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang diadakan di Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Baginda menggantikan ayahanda baginda yang dilaporkan dalam keadaan gering dan tidak lagi boleh memikul tugas serta tanggungjawab sebagai pemerintah.

Sultan Abdullah yang diputerakan pada 30 Julai 1959, di Istana Mangga Tunggal Pekan merupakan cahaya mata keempat dan putera sulung Sultan Ahmad Shah dan Almarhum Tengku Ampuan Afzan Tengku Muhammad.

Baginda dipertanggungjawabkan menjadi Pemangku Raja Pahang pada 28 Disember 2016 sehingga 11 Januari lalu setelah Sultan Ahmad Shah gering.

Kali pertama baginda memangku jawatan itu ialah ketika berusia 20 tahun pada 28 April 1979 semasa ayahanda baginda ditabal Yang di-Pertuan Agong pada 1979-1984. -Bernama

gelaran , Sultan Pahang , Sultan Abdullah

Artikel Sebelum

Tiada cuti diwartakan pada 31 Januari ini

Artikel Berikut

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain