suria

Kekayaan negara harus dikongsi secara adil untuk semua rakyat Malaysia

PUTRAJAYA: Kekayaan negara perlu dikongsi secara adil agar semua rakyat Malaysia boleh menikmati hasilnya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, isu kemiskinan harus ditangani dan keperluan serta kebajikan semua bangsa juga harus diambil kira.

"Kita mesti, dengan semampu yang boleh, memastikan keadilan dan membantu semua rakyat Malaysia.

"Kita harus bertanggungjawab dan memastikan pengagihan yang adil, atau sekurang-kurangnya boleh diterima semua," katanya kepada kakitangan Jabatan Perdana Menteri pada Isnin.

Katanya, semua orang harus bersyukur dengan kemerdekan negara.

Tambahnya lagi, keputusan orang terdahulu yang mahu berkongsi kuasa untuk mendapatkan kemerdekaan telah membantu negara ini berkembang dan membangun.

Malah, ia sekaligus membezakan kemerdekaan Malaysia dengan negara lain pada waktu itu. - The Star.

Artikel Lain