Mesyuarat khas Raja-Raja bincang tarikh pemilihan Agong - Semasa | mStar

Mesyuarat khas Raja-Raja bincang tarikh pemilihan Agong

KUALA LUMPUR: Satu mesyuarat khas Majlis Raja-Raja dipercayai telah berlangsung di Istana Negara pagi Isnin bagi membincangkan tarikh pemilihan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Enam kenderaan dengan lambang kebesaran DiRaja dari Perlis, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan Kedah dilihat memasuki perkarangan Istana Negara seawal 10 pagi Isnin.

Difahamkan mesyuarat berkenaan berlangsung lebih sejam sebelum kenderaan rasmi Sultan dan Raja-Raja dilihat meninggalkan Istana Negara kira-kira 12.25 tengah hari.

Mesyuarat itu berikutan pengumuman mengejut Sultan Muhammad V meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong XV pada Ahad.

Media turut difahamkan kenyataan rasmi akan dikeluarkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

Pada Ahad, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz berkata Seri Paduka memaklumkan perkara itu secara rasmi kepada Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja melalui warkah yang diutus kepada Setiausaha Majlis Raja-Raja.

Sultan Muhammad V ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong XV pada 24 April 2017 selepas mengangkat sumpah jawatan itu pada 13 Disember 2016.

Baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada mesyuarat Majlis Raja-raja ke-243 (Khas) pada Oktober 2016, yang turut memilih Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sultan Muhammad V menggantikan Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Disember 2016. - BERNAMA

Agong

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain