suria

"TMJ tidak memahami kerajaan Persekutuan, dia belum lahir lagi pada masa itu" - Tun M

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan berhak memberi reaksi kepada teguran yang dibuat oleh Raja-Raja Melayu mengenai pentadbiran negara, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas kepada komen oleh Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) yang menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak mempolitikkan setiap isu, sebaliknya mula mentadbir negara.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bangun setiap hari dengan harapan pendapat saya salah” - TMJ gesa PH tumpu tadbir negara

"Dia(TMJ) tidak memahami Persekutuan. Barangkali dia belum dilahirkan pada masa itu, jadi dia tidak tahu lah, tetapi saya sudah dilahirkan masa itu.

"Apabila kita membentuk Persekutuan, itu bermakna Persekutuan menguasai seluruh negara.

"Kami mempunyai senarai apa yang dikuasai oleh Persekutuan dan negeri-negeri.

"Tetapi, ia tidak dinyatakan di mana-mana bahawa kerajaan Persekutuan tidak boleh mengeluarkan kenyataan balas kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh negeri-negeri," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH pada Jumaat.

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang tafsiran beliau terhadap tanggapan Tunku Ismail ke atas pentadbiran PH, Dr Mahathir hanya berkata: "Dia tiada jawatan apa-apa (dalam kerajaan)."

TMJ pada Khamis, mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan PH agar tidak mempolitikkan setiap isu dan mula mentadbir negara.

"Saya benar-benar mahukan kerajaan untuk berjaya.

"Saya bangun setiap hari dengan harapan bahawa pendapat saya salah. Tetapi, mereka tetap membuktikan saya betul," kata baginda. - The Star

Dr Mahathir, TMJ

Artikel Sebelum

Harga minyak turun!

Artikel Berikut

Artikel Lain