Anwar minta Azmin guna saluran yang betul - Semasa | mStar

Anwar minta Azmin guna saluran yang betul

PORT DICKSON: Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, supaya  menggunakan saluran yang betul ketika membangkitkan isu yang berkaitan dengan perkara dalaman parti.

Ketika mengulas kenyataan Mohamed Azmin agar dikaji  pelantikan kepimpinan pusat  yang baharu, Anwar menggesa Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu memberikan contoh yang baik kepada anggota parti dengan tidak menggunakan media untuk menyatakan isu parti.

"Itu pandangan peribadinya, saya mahu itu menjadi inklusif.

“Beliau mahu orang tertentu keluar, saya mahu semua dibawa masuk, itu perbezaannya.

“Anda tidak boleh menafikan keperluan untuk semua pihak dibawa masuk. Saya telah membawa masuk mereka dari kalangan puaknya (Azmin) dan dari puak Rafizi,” katanya kepada pemberita  selepas  merasmikan Kejohanan Bola Sepak Pantai Piala Anwar Ibrahim pada Sabtu.

Anwar berkata beliau memahami bahawa Azmin mempunyai tanggapan peribadi terhadap seorang dua dalam parti.

“Namun saya telah membawa masuk kesemuanya,” kata beliau.

Terdahulu Mohamed Azmin meminta Anwar mengkaji semula pelantikan kepimpinan jawatankuasa pusat  yang baharu, seperti yang diumumkan pada Jumaat.

Menurut Mohamed Azmin pelantikan itu tidak mencerminkan prinsip adil dan perlambangan  terhadap aspirasi anggota parti.Sementara itu, 20 pasukan dari kalangan belia dari Port Dickson, Rantau, Seremban dan Melaka menyertau kejohanan itu.

Johan pertandingan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000, sebuah piala, pingat dan dan tiket ke galeri seni Port Dickson Alive 3D.-Bernama

Anwar Ibrahim , Azmin Ali

Artikel Lain