suria

Bapa durjana ditahan rogol anak kandung

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan kerana didakwa merogol anak perempuannya berumur 10 tahun, beberapa kali sejak 2017.

Kes tersebut susulan mangsa mengadu kepada neneknya pada Selasa lalu.

"Pengadu, seorang nenek berusia 60 tahun, memaklumkan mengenai rogol oleh mangsa. Menurut pengadu, kanak-kanak perempuan berkenaan dirogol oleh bapa kandung di rumah mereka di Taman Changkat Permata di Ampang, Kuala Lumpur.

"Pengadu sebelum ini merupakan penjaga mangsa sehingga 2017," kata Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superitendan Mohd Zaid Hassan dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambah beliau, lelaki tersebut berkeras melakukan perkara itu terhadap anak perempuannya, meskipun cuba dilawan.

Difahamkan, ibu mangsa telah berkahwin lain.

"Seorang lelaki berusia 37 tahun ditahan dan direman dari 25 sehingga 31 Disember. Siasatan masih berjalan," kata Mohd Zaid. - The Star

rogol

Artikel Lain