Budak lima tahun mati dipercayai akibat didera - Semasa | mStar

Budak lima tahun mati dipercayai akibat didera

Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, dekat sini, tengah malam Rabu dipercayai akibat didera ayah kandung dan ibu tirinya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superitendan Mohd Afzanizam Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kematian kanak-kanak itu daripada pihak hospital pada 12.50 tengah malam.

Mangsa dihantar ke hospital berkenaan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terdapat kesan lebam serta bengkak pada bahagian kanan muka, dada, perut dan kedua-dua betis.

"Setelah pemeriksaan dijalankan, doktor telah mengesahkan bahawa kanak-kanak itu telah meninggal dunia.  

"Doktor telah menjalankan bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak lelaki tersebut dan punca kematian adalah trauma tumpul pada abdomen," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam Khamis.

Mohd Afzanizam berkata, susulan itu, pihaknya menahan bapa mangsa berusia 33 tahun yang bekerja sebagai tukang masak dan ibu tirinya seorang warga Indonesia berusia 23 tahun dan  tidak bekerja, untuk siasatan lanjut.

"Kedua-dua suspek ditahan di rumah mereka di Taman Sentosa pada 11 pagi tadi. Mereka akan direman esok pagi,” katanya menambah kes disiasat menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu agar menghubungi  talian Hotline IPD Johor Bahru Selatan 07-2218999 atau Pegawai Penyiasat P/Asp Fazly Ishak di talian 017-3090385. - Bernama

dera

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain