M'sia sedia bantu usaha SAR cuma Indonesia belum buka ruang untuk bantuan antarabangsa - Semasa | mStar

M'sia sedia bantu usaha SAR cuma Indonesia belum buka ruang untuk bantuan antarabangsa

Pasukan penyelamat mencari mangsa yang masih bernyawa di Selatan Lampung. - AFP

PUTRAJAYA: Malaysia sentiasa bersedia menghulurkan bantuan terutamanya  aktiviti mencari dan menyelamat mangsa dalam kejadian tsunami yang berlaku di Selat Sunda, Indonesia, pada  Sabtu lepas, kata Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Nadma dalam satu kenyataan pada Isnin berkata agensi itu melalui Pusat Kawalan Bencana Negara dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) memantau kejadian itu melalui Badan Penanggulangan Bencana Indonesia (BNPB), ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management (AHA Centre) dan UN Office for the Coordination of Humanitarian Affairs (UNOCHA).

Menurut Wisma Putra, Indonesia masih belum membuka ruang untuk bantuan antarabangsa kerana berpandangan respons masih memadai dengan kapasiti dalaman negara dan skala kejadian tsunami ini masih boleh diuruskan oleh BNPB dan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas), kata Nadma.

Menurut Kedutaan Malaysia di Jakarta pula, skala tsunami itu kecil berbanding kejadian yang telah berlaku di Lombok dan Palu.

"Pihak kedutaan akan berbincang dengan Kementerian Luar Indonesia berkaitan bantuan yang boleh dihulurkan Malaysia," kata Nadma yang turut menzahirkan rasa simpati kerajaan Malaysia terhadap kejadian tsunami yang berlaku di Selat Sunda itu.

Pasukan penyelamat mengenal pasti mangsa yang terkorban. - AFP

Nadma berkata berdasarkan kepada Standby Arrangement Plan, Malaysia sentiasa bersedia menghulurkan bantuan terutamanya dalam aktiviti mencari dan menyelamat, yang mana Pasukan SMART Nadma merupakan Pasukan USAR utama bertaraf International Search and Rescue Advisory Group di ASEAN.

Menurut kenyataan Nadma itu, berdasarkan laporan BNPB, letusan gunung berapi Anak Krakatau di Teluk Sunda telah mencetuskan tsunami yang membadai pantai peranginan di antara kepulauan Sumatera dan Jawa, menyebabkan ratusan penduduk maut dan cedera, sebahagian lagi masih hilang.

Antara kawasan-kawasan yang terkesan adalah Pantai Tanjung Lesung, Pantai Sumur, Pantai Teluk Lada, Pantai Panimbang dan Pantai Carita.

Sehingga 10 malam Ahad, 222 dilaporkan maut, 843 lagi cedera dan 28 orang masih hilang.

Pada Ahad, Wisma Putra berkata tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kecederaan atau terkesan secara langsung dalam kejadian tsunami di Indonesia itu. - Bernama

tsunami , Selat Sunda

Artikel Sebelum

Kes rusuhan di kuil, enam lagi didakwa

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?