Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji ditahan, dibawa ke mahkamah 9 pagi ini - Semasa | mStar

Ketua Pegawai Operasi Tabung Haji ditahan, dibawa ke mahkamah 9 pagi ini

Adi Azuan.

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Adi Azuan Abdul Ghani ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret di Putrajayabagi mendapatkan reman kira-kira pukul 9 pagi Rabu.

Penahanan Adi Azuan dipercayai bagi membantu siasatan berhubung penggunaan syarikat kontraktor Penghias Dalaman Tabung Haji (AG Reka) untuk membina almari di kediamannya.

TH pada 30 November lalu telah membuat laporan polis berhubung penyalahgunaan wang dana jemaah haji dan untuk salah nyata dalam perjanjian korporat.

Laporan terbabit dibuat terhadap bekas Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah.

Selain mereka, turut dinamakan dalam laporan ialah Ketua Pegawai Kewangan, Datuk Rozaida Omar, Penasihat Undang-Undang, Hazlina Mohd Khalid dan Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Korporat dan Hartanah, Rifina Md. Ariff.

Tabung Haji , Adi Azuan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut