suria

Isteri Adun Panti meninggal dunia

Gambar kenangan Hahasrin ketika menunaikan umrah bersama Allahyarhamah Janatul Islah.

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Panti, Hahasrin Hashim kehilangan isteri tercinta yang menderita kanser tiroid dan kanser dermatofibrosarcoma tahap empat.

Pensyarah Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Ir Dr Janatul Islah Mohamad meninggal dunia pada pukul 10.50 pagi di Pusat Perubatan Subang Jaya.

Allahyarhamah meninggalkan suami dan empat cahaya mata berusia antara enam hingga 17 tahun selepas bertarung melawan penyakitnya sejak Disember tahun lalu.

Pegawai khas kepada Naib Ketua Umno Bahagian Tenggara, Raja Khoirul Amiirrullah Raja Leman ketika dihubungi mStar Online berkata: "Allahyarhamah mula menjalani beberapa pembedahan sejak Mei lalu bagi merawat penyakitnya.

"Allahyarhamah bagaimanapun sempat menunaikan umrah pada akhir bulan lalu bersama suaminya."

Tambah Raja Khoirul Amiirrullah, Hahasrin mempunyai kekangan masa untuk bersama rakyat di DUN Panti sepanjang tiga bulan kebelakangan ini.

Jelasnya, hal itu tidak dapat dielakkan kerana beliau perlu menemani isterinya menjalani rawatan susulan dan pembedahan.

Jenazah pensyarah berusia 42 tahun itu akan dikebumikan di kampung halamannya di Kampung Parit, Kuala Pilah di Negeri Sembilan selepas solat Asar.

Hahasrin

Artikel Lain