suria

Video terakhir Adib, netizen kongsi rasa sebak

Adib menyambut ulang tahun kelahirannya ke-24

KETIKA orang ramai bersedih dengan berita kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, sebuah video memaparkan arwah menyambut ulang tahun kelahirannya tular di media sosial.

Video yang dimuatnaik dari akaun Facebook Friends of Bomba Malaysia itu dipercayai dirakam sebelum insiden rusuhan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, 27 november lalu.

Video berdurasi 19 saat itu memaparkan Muhammad Adib, 24, mengenakan uniform bomba memotong kek hari jadi sambil tersenyum malu ketika diraikan rakan-rakannya di balai bomba tempat dia bertugas.

Ia mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang menyifatkan Adib mempunyai sifat pemalu dan menyenangkan.

Arwah menghembuskan nafas terakhir 9.41 malam Isnin di Institut Jantung Negara (IJN).

Muhammad Adib, hari jadi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jenazah Adib selamat dikebumikan

Artikel Lain