Kematian Adib: Pemuda Umno gesa empat menteri didakwa - Semasa | mStar

Kematian Adib: Pemuda Umno gesa empat menteri didakwa

Asyraf menggesa agar peguam negara mendawa empat menteri di atas berhubung kes kematian Muhammad Adib.

PETALING JAYA: Pemuda Umno menyeru agar Peguam Negara mendakwa menteri P. Waytha Moorthy, M. Kulasegaran, Gobind Singh Deo dan Dr Xavier Jayakumar, serta ahli majlis eksekutif Selangor V. Ganabatirau di atas kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, lima pemimpin India tersebut patut didakwa mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dengan sengaja untuk mengganggu keamanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Adib meninggal dunia di IJN

"Pemuda Umno sekali lagi mendesak P. Waytha Moorthy untuk meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial) kerana bukan sahaja beliau gagal untuk meredakan ketegangan kaum, malah turut menyalakan api kemarahan kaum India.

"Beliau telah menyalahkan pihak polis berhubung pergaduhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman yang membawa kepada rusuhan ganas terjadi pada malam kedua," kata Asyraf Wajdi.

Asyraf berkata, menteri-menteri tersebut harus mengelak daripada menggunakan sentimen perkauman dalam mengeluarkan kenyataan memandangkan mereka merupakan anggota pentadbiran kerajaan.

Beliau juga menyeru agar pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera dalam mendakwa mereka yang bertanggungjawab atas kematian Muhammad Adib.

"Pemuda Umno mahu siasatan dan pendakwaan dilakukan secara telus, adil dan tanpa berat sebelah.

"Bukan sahaja keadilan perlu ditegakkan, ia juga mesti dilihat untuk dilaksanakan," kata Dr Asyraf dalam satu kenyataan pada Selasa. - The Star

Artikel Berikut

Isteri Adun Panti meninggal dunia

Artikel Lain