suria

Tun M lancar Proton X70, harga bermula RM99,800

Dr Mahathir bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pada majlis pelancarann Proton SUV X70 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam Rabu. Foto M. AZHAR ARIF

KUALA LUMPUR: Harga kereta nasional, Proton yang amat dinanti-nantikan iaitu Proton X70, akhirnya diumumkan dan bermula pada harga RM100,000.

Kereta utiliti sukan pertamanya dengan sistem pacuan dua roda (Standard 2WD) berharga RM99,800; RM109,800 (Eksekutif 2WD); RM115,800 (Eksekutif AWD - pacuan semua roda); dan RM123,800 (Premium 2WD).

Semua harga atas jalan, tanpa insurans.

Harga kenderaan tersebut adalah sama di semua negeri termasuk Sabah dan Sarawak.

Harga Proton X70 diumumkan pada majlis pelancaran model terbaharu itu oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Ia merupakan kenderaan SUV yang paling dinanti-nantikan dalam sejarah automotif Malaysia, dengan lebih 10,000 tempahan diterima pada akhir Oktober 2018.

Model ini merupakan kerjasama pertama antara Proton dan pembuat kereta China, Geely. - The Star

Artikel Lain