suria

Isteri maut, suami cedera parah ditikam jiran

Gambar hiasan

GOMBAK: Seorang wanita berusia 41 tahun maut, manakala suaminya cedera parah selepas ditikam oleh jiran mereka.

Difahamkan insiden itu berlaku kira-kira pukul 6.40 pagi Selasa di Jalan Tengah, Kampung Sungai Terentang di Rawang.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata, Yap Choon Mooi ditikam di dada manakala suaminya mengalami cedera parah dengan luka tikaman di perut semasa kejadian berlaku.

"Wanita itu meninggal dunia ketika tiba di Hospital Selayang.

"Suaminya masih dirawat di hospital," katanya ketika dihubungi The Star.

Seorang lelaki berusia 49 tahun ditahan berhubung kes tersebut.

"Kami menyiasat motif di sebalik serangan itu.

"Kes dikelaskan di bawah Seksyen 302 atas dakwaan membunuh," katanya.

tikam

Artikel Lain