suria

Saham AirAsia naik selepas sahkan jalin usaha sama tubuh syarikat penerbangan tambang rendah di Vietnam

Gambar hiasan. - Bernama

KUALA LUMPUR: Harga saham AirAsia Group Bhd ditutup lebih tinggi pada rehat tengah hari selepas syarikat penerbangan tambang rendah itu mengesahkan hasratnya untuk menubuhkan syarikat penerbangan tambang rendah secara usaha sama di  Vietnam.

Ketua Pegawai Ekskeutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes pada Khamis berkata  AirAsia merupakan syarikat penerbangan ASEAN.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati-hati beli tiket AirAsia, jangan sampai tertipu

“Dan, dalam  ASEAN, Vietnam ialah satu-satunya baki negara yang mempunyai populasi ramai yang kami (AirAsia) belum masuki.

"Tahun lepas, semasa kami mengumumkan usaha sama ini, kami amat yakin dengan  Vietnam, dan kami kekal yakin untuk memberi perkhidmatan kepada ekonomi paling dinamik dan sedang pesat membangun di Asia itu,” katanya dalam kenyataan, Khamis.

Public Investment Bank telah menetapkan saranan “mengatasi” pasaran ke atas syarikat itu dengan harga sasaran RM4.14.

Pada 12.30 tengah hari,  saham AirAsia naik tiga sen kepada RM3.09 dengan transaksi sebanyak 4.47 juta saham. - Bernama

AirAsia

Artikel Lain